Peranan

Yayasan Johor Corporation merupakan peneraju utama tanggungjawab korporat Johor Corporation dan Syarikat Dalam Kumpulan bagi memberi impak yang lebih besar dan diiktiraf di peringkat nasional dan global.

Bidang Fokus

Yayasan JCorp memperkasa modal insan melalui ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan praktikal bermula peringkat sekolah rendah lagi.

Melahirkan generasi yang memiliki jati diri dengan menyemarak dan memelihara Seni, Budaya & Warisan melalui pemupukan bakat, kreativiti dan penghasilan karya.

Program untuk menyokong Agenda Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) menerusi kerjasama JCorp dan syarikat dalam Kumpulan.

Mensejahterakan dan memupuk nilai-nilai kemasyarakatan dalam meningkatkan sosioekonomi menerusi program tanggungjawab korporat.

Pencapaian

Manfaat

Statistik

Info Terkini

Harapan Ramadan – Menerangi Kehidupan Untuk Syawal

Ramadan ini, marilah kita membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Dengan sumbangan anda pasti membawa kemeriahan dan kegembiraan kepada mereka yang menerimanya.

Setiap sumbangan akan memperoleh pelepasan cukai terhad kepada 10% daripada pendapatan agregat individu dan syarikat.

Pendidikan Tanggungjawab Semua

Kira-kira 390,000 atau 72% lepasan SPM tidak berminat menyambung pendidikan ke peringkat seterusnya. Satu daripada sebabnya adalah faktor kewangan pendapatan keluarga yang menyebabkan bilangan anak-anak memerlukan perhatian semakin meningkat.

Dalam usaha membela nasib pelajar daripada kumpulan B40, Yayasan JCorp telah memperkenalkan satu inisiatif Bantuan Pendidikan Prihatin bagi membantu mengurangkan perbelanjaan pelajar di Institut Pengajian Tinggi.

Orang ramai dijemput untuk membuat sumbangan bagi memberi sinar dan harapan kepada mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan akan memperoleh pelepasan cukai.

Rakan Strategik

Media Sosial