Bantuan Pendidikan

Pengenalan

Bantuan Pendidikan adalah inisiatif  berupa bantuan yuran persediaan awal ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai (one-off). Segala permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation.

Objektif

  • Membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.
  • Membela nasib pelajar agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang kesulitan.

Borang Permohonan Bantuan Pendidikan IPT Yayasan Johor Corporation 2023

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia.

  2. Permohonan Kali Pertama (Sekali Sahaja).

  3. Pendapatan Isi Rumah :

    • Purata pendapatan isi rumah RM800 dan ke bawah dengan mengambil kira tanggungan anak yang masih belajar di bawah 22 tahun, Ibu Bapa yang tidak bekerja dan anak OKU atau,

    • Pendapatan Ibu Bapa di bawah RM4,000 (B40)

  4. Anda menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sahaja.

  5. Tawaran pengajian adalah sepenuh masa sahaja.

  6. Setiap dokumen yang dilampirkan MESTI disahkan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa sahaja:-

    • Ketua Kampung

    • Penghulu

    • Pegawai Kerajaan Gred 41 & ke atas

  7. Pemohon melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan benar.