Budaya Membaca
Pengenalan
Yayasan JCorp dilantik sebagai Local Partner oleh pihak The Asia Foundation (TAF) selama 3 tahun bermula 2019 – 2021 bagi menjayakan Program Galakan Membaca & Memperkasa Bahasa Inggeris (Books For Asia).
Yayasan JCorp telah menerima 10,380 naskah buku ilmiah berbahasa Inggeris dan telah diedarkan kepada 345 buah sekolah rendah dan institusi pendidikan seluruh Malaysia melalui program yang dikenali sebagai “Books For Asia”.
Melalui program ini juga, JCorp English Challenge iaitu pertandingan berbentuk kuiz atas talian melalui Facebook Page Yayasan Johor Corporation turut dianjurkan. Peserta hanya perlu membaca buku cerita secara digital di aplikasi Let’s Read! dan menjawab 10 soalan untuk menyertai pertandingan ini.
Penyertaan kuiz ini adalah terbuka kepada semua pelajar yang berumur dari 7 hingga 17 tahun. Sehingga 2021, seramai 24,399 peserta telah mengambil bahagian manakala seramai 450,137 orang telah melayari dan mendapat maklumat kuiz ini di page Yayasan Johor Corporation. Pertandingan ini juga telah meletakkan Malaysia di kedudukan ketiga paling ramai pengguna aplikasi Let’s Read! The Asia Foundation di dunia.
Objektif
Memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.
Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan peserta.
Memperkenalkan Johor Corporation ke seluruh Malaysia sebagai badan korporat yang mementingkan aspek pendidikan melalui bacaan.
Melaksanakan tanggungjawab korporat melalui sumbangan buku-buku berilmiah kepada sekolah dan agensi yang memerlukan.
Pencapaian
JUMLAH KESELURUHAN PESERTA 2019-2021