Program Kemahiran & Latihan Industri

Pengenalan

Yayasan JCorp berperanan sebagai sistem integrator yang menghubungkan antara Institusi Kemahiran, Kolej Vokasional, sekolah PVMA dan golongan yang ingin meningkatkan kemahiran dengan syarikat-syarikat majikan seperti JCorp dan syarikat kumpulannya serta syarikat-syarikat majikan lain di negeri Johor.
Program ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Institusi Kemahiran, Unit Strategik Modal Insan Johor, Malaysian Employers Federation, MARA dan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp) dalam menyediakan keperluan dan kebolehpasaran pelajar dan peserta program.

Objektif

  • Menyokong aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kepentingan sumber manusia kemahiran dalam memacu kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.
  • Mengukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak Jabatan kerajaan negeri, Institusi kemahiran/pusat latihan dan pihak industri.
  • Menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak permintaan industri masa ini.
  • Mewujudkan peluang tenaga kerja yang berkemahiran dan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak permintaan industri masa ini.

Pencapaian

Galeri