Kelas Rancangan Usahawan/Sustainable School

Pengenalan

Yayasan JCorp dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah melaksanakan program Kelas Rancangan Usahawan (KRU) sejak tahun 2016 khusus bagi pelajar sekolah menengah bermula dengan 11 buah sekolah.  Sehingga kini sebanyak 41 buah sekolah yang telah menyertai dengan penyertaan seramai 1,230 pelajar dan 82 guru pembimbing.
Bermula tahun 2022, Program Kelestarian Sekolah atau dikenali sebagai Sustainable School  telah diperkenalkan dan ia merupakan penambahbaikan nilai produk Kelas Rancangan Usahawan (KRU) dari segi kualiti, jenama dan jualan di masa akan datang. Produk-produk yang dihasilkan dilihat berpotensi untuk dikembangkan keperingkat yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, satu usaha yang lebih mampan harus dilaksanakan bagi memperkasakan objektif KRU itu sendiri. Sebagai permulaan, tiga (3) dari empat puluh satu (41) buah sekolah telah terpilih mengikut kesesuaian aktiviti bisnes.    

Objektif

  • Mengembangkan lagi model perniagaan kepada sekolah yang terpilih untuk menjadi sekolah lestari.
  • Membangunkan produk Kelas Rancangan Usahawan (KRU) atau identiti produk dari segi penjenamaan.
  • Memberi bantuan dari segi kewangan, pembangunan dan mengembangkan lagi bisnes sekolah dengan menghubungkan agensi kerajaan.
  • Meneroka pasaran produk bagi produk KRU ke peringkat yang lebih tinggi.

Pencapaian

Video

Kelas Rancangan Usahawan (KRU)

Testimoni KRU Oleh Guru

Pendapat Peserta Program KRU

Galeri