Bijak Wang & Takaful Pendidikan (Pro Du-It)
Pengenalan
Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) melalui Institut Pengurusan & Pemantauan Penyelidikan (IPPP) telah membangunkan Module Financial Literacy yang merupakan program pengurusan kemahiran kewangan kendiri dan sosial yang direka khas untuk kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun.
Sehingga 2019, sebanyak 60 buah sekolah dengan penyertaan seramai 1,800 pelajar melibatkan negeri Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah menyertai program ini.
Program ini juga telah ditambahbaik dengan penggunaan Training of Trainers (ToT ) Digital Online kepada guru-guru pembimbing dalam melatih mereka secara atas talian.
Objektif
Melahirkan generasi ‘Celik Kewangan’ dengan berasaskan nilai-nilai murni dan positif.
Mendidik kanak-kanak tentang nilai wang dan bagaimana untuk membuat pengurusan wang / pelaburan yang berkesan.
Memperkenalkan program tanggungjawab sosial untuk membantu menanggani isu-isu sosial dalam masyarakat.
Pencapaian
Ainin Batrisyia bt Zazali
Ainin Batrisyia bt Zazali merupakan seorang murid yang aktif di sekolah. Beliau berumur 10 tahun dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor serta menetap di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor. Moto hidup beliau ialah sentiasa positif, ceria dan bersedia menghadapi perubahan.
Muhammad Afiq bin Abu Bakar
Muhammad Afiq bin Abu Bakar menetap di Kampung Maju Jaya, Pekan Nenas, Pontian dan mempunyai cita-cita yang luar biasa iaitu menjadi seorang angkasawan. Moto kehidupan beliau ialah ‘hidup ini penuh dengan masalah tetapi pasti ada jalan penyelesaian’.
Afiq mempunyai masalah menggunakan duit dengan cara yang betul yang diterima daripada kedua ibu bapanya. Selepas menyertai program Pengurusan Celik Kewangan (Pro Du-It), beliau berjaya mempunyai buku catatan harian dan sasaran wang simpanan yang hendak disimpan setiap bulan serta mampu membeli telefon menggunakan wang simpanannya.
Video
Video korporat Pro Du-it