Projek Tuisyen Yayasan JCorp merupakan program tanggungjawab korporat untuk murid sekolah rendah terpilih seluruh negeri Johor. Projek Tuisyen ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Sehingga 2019, seramai 1,350 orang pelajar dari 46 buah sekolah telah menyertai program ini. Kaedah pembelajaran adalah dilaksanakan secara konvensional dan secara atas talian.
Selain itu, kaedah pembelajaran ini turut mengoptimumkan penggunaan komputer dengan pembelajaran melalui video, nota, perpustakaan digital dan latihan tambahan yang boleh diakses di mana-mana sahaja.